Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, June 5, 2011

Poster V5 UTP Committee Recruitment


Funky and Daring. Matlamat yang cuba dicapai TSD dalam design poster 'V5 UTP Committee Recruitment' ini.

Pandang pertama menyatakan kontroversi, menimbulkan minat. Lantas menarik fokus pembaca kepada 'figures'. Imej gitaris berkepala ketupat dan berekor seperti merak dengan pelepah dari buluh lemang? Oh itukan sudah pelik, namun gitaris berkain pelikat? Hurm, memang ikonik!

Setelah matlamat memindahkan keterujaan itu dicapai, seterusnya adalah misi untuk menambat si pelihat berhenti dan membaca pula maklumat yang terkandung. Jadi 'wordings' pada prioriti utama adalah "V5 Raya Dinner Committee Recruitment" disusuli dengan info lokasi dan masa. Maklumat tambahan bagi sesiapa yang lebih bersifat ingin tahu pula adalah unit-unit yang boleh mereka pilih.

Dari remaja kepada remaja, itulah selaman minda yang cuba TSD lakukan bagi menarik minat lalu lintas yang sibuk ingin ke kuliah di UTP. Setelah rakan TSD meminta ia didesign, TSD tahu ini adalah peluang yang baik untuk beraksi!


0 comments:

Post a Comment