Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, June 7, 2011

Poster Easyprintings.com


Memposterkan produk dan perkhidmatan sesebuah badan perniagaan merupakan sesuatu yang lebih dari sekadar seni grafik. Ia adalah seni bersertakan kemahiran 'PR'.
Walaupun sekadar maklumat bersaiz A4 namun disinilah hujah minda berlaku. Impressi yang menarik perhatian si pelihat, yang kemudiannya diterjemahkan kepada keinginan untuk menggunakan perkhidmatan si peniaga adalah merupakan pencapaian yang dikejar oleh setiap designer.

Kami cuba mengetengahkan logo syarikat supaya ia menjadi seru-seruan tentang apa yang ia tawarkan. Di sisi logo ada kata kunci. Mudah! Cepat! Jimat!.. Apa semua itu? Lalu jawapannya disertakan dibawah yang menerangkan secara ringkas perkhidmatan dan tawaran yang diajukan dari penyedia perkhidmatan. 

Jika berminat, aliran anak panah yang bermula dari atas dan melingkuk-lingkuk akhirnya menunjukkan kepada nombor untuk dihubungi. 

Adakah ia poster ini cukup untuk menerangkan maksudnya? Harapnya begitulah :) Namun apa yang lebih besar dari itu, TSD berdoa agar setiap orang yang melihat poster ini akan terus terbayangkan logo bulat-bulat membentuk perkataan 'ep'. Setiap kali nak print kad kahwin lalu cepat-cepat mereka menghubungi pihak easyprintings insyaAllah :D

0 comments:

Post a Comment