Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, June 5, 2011

AIFA Cafe, Pakej Design


Sempena dengan pelancaran restoran barunya, pemilik restoran telah meminta TSD untuk merekacipta keseluruhan imej tampak syarikat. Bermula dengan logo, TSD dan pemilik Aifa Cafe yang juga merupakan seorang jurulukis plan yang berpengkalan di Permatang Pauh, Pulau Pinang telah sama-sama menjalani sesi 'brainstorming' yang kritikal.

Ciri pada logo Aifa Cafe
merupakan satu perlambangan penuh wawasan dari pemiliknya. gabungan dua separuh-bulatan di kiri dan kanan yang mengapit huruf 'i' memiliki maksud yang kuat.

Ilusi bentuk huruf 'a' dan 'd' mewakili nama pemilik. Ilusi huruf 'a' dan 'i' pula mewakili nama syarikat iaitu Aifa.

Gabungan huruf 'i' dan anak panah pula melambangkan arah tuju syarikat dan pemilik yang sentiasa melalui proses peningkatan dalam hari-hari yang bakal dilalui. Anak panah yang berbentuk bumbung juga turut memberi imej klasik dan kaya sebuah restoran disamping ditakrifkan pemiliknya sebagai bumbung yang meneduhi pemilik, keluarga dan warga kerja syarikat.

Kesemua imej tersebut dibaluti pula dengan warna oren pekat, yang menjadikan setiap satu maksud sepekat intipati yang terkandung dalam syarikat.

Banner Aifa Cafe yang memberikan imej 'Richness' dan eksklusif sesuai dengan arkitektur dalaman cafe tersebut. Pemilihan warna coklat serta tekstur kayu menyerlahkan lagi ciri 'Richness in Flavour' restoran tersebut.


Impak pandang pertama kepada sesiapa sahaja yang melihat kad perniagaan ini sangat dititik beratkan. Setiap susunan abjad dan objek adalah untuk memudahkan maklumat dan impak sampai secara dramatik kepada penerimanya. Seolah-olah kad itu berkata "Nah, inilah pemilik restoran hebat itu!"

0 comments:

Post a Comment