Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, June 7, 2011

Logo Inigengkita.blogspot

Di sepanjang kehidupan TSD di KISAS, pelbagai pengalaman pahit dan manis, suka dan duka berlaku, apa yang dikesalkan mohon diampuni Allah, apa yang menggembirakan pula semoga di redhai Allah.

Namun apa yang paling dihargai sepanjang tempuh yang terasa pendek adalah ukhuwah yang terjalin. Rasa kebersamaan itu masih wujud dan kasih sayang
sesama saudara itu jelas kuat. Syukur pada Allah kami diberi peluang bersama memeluk aqidah yang sama.

Setelah selesai pengajian di KISAS, TSD merasakan kehilangan semua lingkungan kawan tersebut, tidak dapat memeberitahu rasa, tak dapat mendengar berita, lalu atas inisiatif sendiri dan rakan-rakan maka sebuah blog diusahakan. Kini blog tersebut sudah pun hampir berusia 3 tahun, manakala IGK sendiri sudah pun berusia hampir 5 tahun.

Walaupun hanya sebagai penulis komet (kadang-kadang je kalau ada rezeki maka akan menulis :P) tapi kerana hasrat hati untuk menyatukan itu lebih kuat, maka ditubuhkan juga blog berkenaan. Maka bermulalah perjalanannya memberi hebahan dan perkongsian.

Logo IGK diusahakan oleh TSD sendiri, idea dan lakaran awal juga dari diri sendiri, kritik masih belum wujud terhadap logo ini, tapi andai wujud maka dipersilakan untuk meluahkan pendapat agar ia dapat dibaiki.

Ini Geng Kita diringkaskan menjadi IGK, huruf yang dipilih pada logo adalah dari huruf rumi namun untuk menampakkan ke-KISAS-annya, maka ia mengikut lengkuk dan bentuk huruf jawi.Warna biru dengan dua tona serta hijau memberi imej ceria, segar dan menarik. Kini ia diabadikan di blog IGK untuk hampir 2 tahun.
Semoga Iman marak, semoga ukhuwah mekar, semoga Islam mampan. Allahuakbar!

0 comments:

Post a Comment